Sunday, November 5, 2017

PELAN KECEMASAN KEBAKARAN




********************************************************************************************************

GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN
AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK
BAHAGIAN D : KESELAMATAN PERSEKITARAN

Pasukan bertindak kecemasan
1.                     Mengadakan pasukan bertindak kecemasan bagi setiap zon

2.        Carta Organisasi Pasukan bertindak kecemasan diwujudkan dan         dipaparkan yang terdiri daripada;
1.1.       Ketua Insiden
1.2.       Penolong Ketua Insiden
1.3.       Pasukan Pemadam dan Penyelamat
1.4.       Pasukan Pengungsian
1.5.       Juruteknik Pusat Kawalan

2.            Peranan Pasukan Bertindak kecemasan adalah seperti berikut;
           
            Ketua Insiden
            Mengetuai keseluruhan operasi dan menghubungi pihak Bomba

            Penolong Ketua Insiden
            Membantu dan memberi maklumat perkembangan operasi kepada              Ketua Insiden
           
            Pasukan Pemadam dan Penyelamat
            Jalankan penyelamatan dan pemadaman di peringkat awal
            Serahkan kepada pihak Bomba apabila pihak Bomba sampai
            Tinggalkan tempat kebakaran api tidak dapat dikawal

            Pasukan Pengungsian
            Mengarahkan membuat pengungsian bangunan
            Memeriksa bangunan telah dikosongkan
            Membuat pemeriksaan baris di tempat berkumpul
            Melaporkan kepada Ketua Insiden

          Juruteknik Pusat Kawalan
            Siap sedia di bilik kawalan
            Beri bantuan yang diperlukan oleh ketua Insiden
            Pastikan bekalan elektrik dimatikan
          Pastikan sistem penggerak kebakaran dan alat komunikasi berjalan                dengan lancar

No comments:

Post a Comment