Sunday, November 12, 2017

ANALISIS PENJIMATAN BIL


ANALISIS PENJIMATAN BIL UTILITI
ZON MAHKAMAH SYARIAH TAPAH
JANUARI - JUN 2017




Terdapat peningkatan jumlah bil bermula bulan Mac dan seterusnya bulan Mei 2017 kerana pada  bulan-bulan tersebut pekerja pembersihan mengadakan kerja-kerja pencucian longkang menggunakan "water jet". Keadaan longkang di koridor dan longkang besar di sekeliling bangunan Mahkamah Syariah Tapah pada waktu itu sangat berlumut dan kotor. Maka kerja pencucian dilakukan dalam tempoh yang lama dan  dilaksanakan secara berkala dan konsisten pada bulan seterusnya.



Terdapat peningkatan pada bulan Mei dan Jun kerana kerja-kerja pencucian longkang menggunakan "water jet" yang memerlukan penggunaan elektrik serta pada bulan Jun tersebut lampu pagar yang terdapat di sekeliling bangunan kami telah mengalami kerosakan dimana ianya sentiasa menyala tidak kira malam atau siang. Masalah tersebut telah diselesaikan pada bulan seterusnya.   

Disini terdapat sedikit peningkatan jumlah bil bermula Mac hingga Mei 2017 dan berlaku penurunan  pada bulan Jun kerana kurang penggunaan. 

Manakala bagi penggunaan kertas A4 pula, purata penggunaan adalah sebanyak 7-8 rim sebulan bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini.


 

1 comment:

  1. Terima kasih di atas makluman analisis tersebut. Macam tidak percaya penggunaan ayat yang digunakan oleh Admin blog. Walauapa apa pun Tahniah. =)

    ReplyDelete