Monday, December 11, 2017

REKOD PENAMBAHBAIKAN

TEGURAN DARI AUDITOR

AUDIT MAMPU 

4 DISEMBER 2017


*********************************************************************************


Penambahbaikan : Kami telah menambahkan informasi di ruangan kitar semula.



Penambahbaikan : KEWPA 7 telah dikemaskini mengikut aset semasa




Penambahbaikan : Wayar yang berselirat telah kami susun dan masukkan ke dalam kotak khas




Penambahbaikan : Kad petak telah dikemaskini mengikut bilangan stok yang terkini.






Penambahbaikan : Kad Petak telah dikemaskini mengikut bilangan stok yang terkini.



Penambahbaikan : Dinding telah dicat semula dan dalam keadaan bersih.




Penambahbaikan : Sudut info telah dikemaskini, Pelan lampu diwujudkan dan meja telah diubah.





Penambahbaikan : Borang maklumbalas telah diubah untuk mudah dilihat.




Penambahbaikan : Buku daftar kunci telah diubah di tempat lain








Penambahbaikan : Pondok pengawal telah dikemas dan teratur.




Penambahbaikan : Papan tanda telah kami mohon untuk diganti yang baru





Penambahbaikan : Tong pemadam api telah kami ganti yang baru.


Sunday, December 3, 2017

SELAMAT DATANG AUDITOR MAMPU



SELAMAT DATANG AUDITOR MAMPU KE ZON MRS TAPAH

4 DISEMBER 2017

2 PETANG


Pada tarikh ini, sesi auditan bagi persijilan semula EKSA dari pihak MAMPU akan dijalankan.

Semoga berjaya semua warga kerja Zon MRS Tapah

Kami telah bersedia!!









Monday, November 20, 2017

AKTIVITI BAGI TAHUN 2017



SEBELUM & SELEPAS (2017) 




Berikut adalah sebelum dan selepas yang berlaku pada tahun 2017


Meja pejabat yang telah dikemas

Divider yan telah dikikis dan di cat dengan cat yang baru

Dinding yang telah dikikis dan dicat 

Getah paip yang bersepah telah disediakan penggulung paip yang khas

Kotak yang disediakan bagi menyimpan wayar yang bersepah

Monday, November 13, 2017

AUDIT ZON MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH

AUDIT ZON
MAHKAMAH RENDAH SYARIAH TAPAH
13 NOVEMBER 2017

***********************************************************************************

Pada hari Isnin 13 November 2017 yang lalu, Ketua Unit Audit iaitu Cik Haizatul telah menjalankan audit zon Mahkamah Rendah Syariah Tapah.

Audit zon yang melibatkan semua komponen A hingga F dan jumlah markah yang diperolehi sangat cemerlang..hihi..dan semoga apabila auditor dari Team Audit Dalaman yang akan diketuai oleh Tuan Mohammad Najib datang pada hari Khamis mengaudit nanti, dapat kami mengekalkan jumlah markah tersebut ataupun memperolehi markah dengan lebih cemerlang lagi..

Kami telah bersedia..!!

Caiyok Zon Mahkamah Rendah Syariah Tapah..
Gambate!!!








REKOD PENAMBAHBAIKAN

REKOD PENAMBAHBAIKAN
LAPORAN AUDIT DALAMAN
EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
BIL. 2/2016










Sunday, November 12, 2017

ANALISIS PENJIMATAN BIL


ANALISIS PENJIMATAN BIL UTILITI
ZON MAHKAMAH SYARIAH TAPAH
JANUARI - JUN 2017




Terdapat peningkatan jumlah bil bermula bulan Mac dan seterusnya bulan Mei 2017 kerana pada  bulan-bulan tersebut pekerja pembersihan mengadakan kerja-kerja pencucian longkang menggunakan "water jet". Keadaan longkang di koridor dan longkang besar di sekeliling bangunan Mahkamah Syariah Tapah pada waktu itu sangat berlumut dan kotor. Maka kerja pencucian dilakukan dalam tempoh yang lama dan  dilaksanakan secara berkala dan konsisten pada bulan seterusnya.



Terdapat peningkatan pada bulan Mei dan Jun kerana kerja-kerja pencucian longkang menggunakan "water jet" yang memerlukan penggunaan elektrik serta pada bulan Jun tersebut lampu pagar yang terdapat di sekeliling bangunan kami telah mengalami kerosakan dimana ianya sentiasa menyala tidak kira malam atau siang. Masalah tersebut telah diselesaikan pada bulan seterusnya.   

Disini terdapat sedikit peningkatan jumlah bil bermula Mac hingga Mei 2017 dan berlaku penurunan  pada bulan Jun kerana kurang penggunaan. 

Manakala bagi penggunaan kertas A4 pula, purata penggunaan adalah sebanyak 7-8 rim sebulan bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini.


 

BIG CLEANING DAY!!



BIG CLEANING DAY !!
10 NOVEMBER 2017
JUMAAT



Kami telah berjaya melaksanakan Gotong Royong Perdana pada hari Jumaat yang lalu bagi persediaan menghadapi Audit Dalaman EKSA dan juga Audit Persijilan Semula dari MAMPU awal Disember nanti.

Alhamdulillah, dengan komitmen yang baik dari pegawai dan kakitangan gotong royong tersebut dapat dilaksanakan dengan  sangat "enjoy" dan "happening" . Saat paling indah dapat dinikmati apabila setiap kerja dapat dilakukan secara bersama-sama dan seterusnya dapat mengeratkan ukhwah sesama pegawai dan staff .

Dan seperti biasa bila ada aktiviti gotong royong acara makan adalah paling "win" dan paling best!!! 

Jom tengok gambar..!!!!













Semoga segala persiapan yang masih belum siap sepenuhnya bagi menghadapi audit akan datang dipermudahkan dan seterusnya masa hari audit nanti berjaya mendapat top ranking ataupun cemerlang 100% ..!! Caiyok..!!

Good Luck semua  !!!