Tuesday, November 7, 2017

AKTIVITI JAWATANKUASA LATIHAN EKSA

LAWATAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK KE
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (CAWANGAN NEG. PERAK)
7 NOVEMBER 2017


Pada hari ini telah diadakan satu sesi lawatan EKSA ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak di Ipoh dan  peserta yang telah menyertai sesi lawatan tersebut merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Jabatan dan juga Ahli Jawatankuasa Latihan Eksa Jabatan.

Kami telah diberi penerangan mengenai pelaksanaan Eksa di jabatan itu dan kemudian kami dibawa melawat ke seksyen-seksyen Jabatan Perangkaan yang terdapat di dalam bangunan tersebut. 

 















Pelbagai ilmu dan contoh-contoh pelaksanaan EKSA yang dapat kami ikuti sebagai menambahbaik segala aktiviti yang ada di daerah dan jabatan kami.

Sekalung  penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perangkaan Malaysia Cawangan Negeri Perak atas kesudian menerima kunjungan kami ini.

Terima kasih juga atas cenderahati beg bersama di dalamnya buku-buku nota untuk setiap ahli rombongan dan juga jamuan makan tengahari yang sangat sedap.

Terima kasih sekali lagi.

No comments:

Post a Comment