Sunday, November 17, 2019

SELAMAT DATANG












#kamibersedia


BIG CLEANING DAY

14 NOVEMBER 2019

Alhamdulillah, pada hari ini, kami telah berjaya menjayakan program big cleaning day dengan jayanya . Program seperti ini sememangnya menyeronokkan dan  dapat membantu memupuk kerjasama antara staff bagi mewujudkan dan memastikan persekitaran di sekitar tempat kerja yang bersih dan selamat. Selain itu juga, hubungan antara staff juga semakin erat dengan adanya kerjasama antara kami. Walaupun terdapat beberapa pegawai terlibat dengan urusan rasmi, namun program ini tetap berjalan dengan lancar dan paling best semestinya menyeronokkan...


Terdapat banyak tempat yang berjaya kami kemas dan bersih kan disekitar mahkamah pada hari tersebut.. jom cuci mata dengan gambar-gambar dibawah ini:





Semoga segala persiapan yang masih belum siap sepenuhnya bagi menghadapi audit akan datang dipermudahkan dan seterusnya masa hari audit nanti berjaya mendapat top ranking ataupun cemerlang 100% ..!! Caiyok..!!

Good Luck semua  !!!

LAWATAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK KE JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (CAWANGAN NEG. PERAK)

6 NOVEMBER 2019

Pada hari ini telah diadakan satu sesi lawatan EKSA ke Jabatan Kastam Malaysia Negeri Perak di Ipoh dan  peserta yang telah menyertai sesi lawatan tersebut merupakan Ahli Jawatankuasa Induk Jabatan dan juga Ahli Jawatankuasa Latihan Eksa Jabatan.

Kami telah diberi penerangan mengenai pelaksanaan Eksa di jabatan itu dan kemudian kami dibawa melawat ke seksyen-seksyen Jabatan Kastam yang terdapat di dalam bangunan tersebut.


                             








Pelbagai ilmu dan contoh-contoh pelaksanaan EKSA yang dapat kami ikuti sebagai menambahbaik segala aktiviti yang ada di daerah dan jabatan kami. Sekalung  penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Kastam Malaysia Cawangan Negeri Perak atas kesudian menerima kunjungan kami ini. Terima kasih juga atas cenderahati yang pihak Jabatan Kastam sediakan untuk kami. 
Terima kasih sekali lagi.


SEBELUM DAN SELEPAS













Wednesday, July 10, 2019

KEPUTUSAN AUDIT DALAMAN EKSA JKSPK

AUDIT DALAMAN EKSA JKSPK
DI ZON MS TAPAH
PADA 9 JULAI 2019

This is the day..!!

Walaupun dalam tempoh yang sangat singkat kerana kami sibuk dengan persediaan menghadapi audit aset dari Pejabat Kewangan Negeri Perak, tetapi kami berjaya untuk menghadapi Audit EKSA ini seterusnya memperolehi markah tertinggi di antara zon yang lain.



Alhamdulillah...tahniah diucapkan kepada pasukan..!! gudjob guys..!!

Justeru, bagi membuat persediaan menghadapi Audit Persijilan Semula dari MAMPU pada hujung tahun ini kami perlu mengambil serius kriteria di Komponen A (Keperluan Utama Pelaksanaan) kerana di komponen tersebut banyak kehilangan markah. Selain itu, Komponen B ( Ruang Tempat Kerja / Pejabat) dan Komponen D ( Keselamatan Persekitaran ) juga perlu diambil kira.


Gogogo team...!!!





















Tuesday, July 9, 2019

SELAMAT DATANG



*********************************************************************************