5S - Apa itu EKSA?
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA).
Ia diterajui oleh pihak MAMPU (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Pengurusan Malaysia), dan ia merupakan penjenamaan semula bagi Pelaksanaan Amalan
5S Sektor Awam (2010), dan bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan
organisasi yang lebih berimej korporat dan melahirkan idea dan aktiviti
kerativiti dan inovasi.
Latar Belakang:
MAMPU telah mengeluarkan Panduan Amalan 5S Sektor Awam pada tahun
2010, yang mana agensi/jabatan di bawah Sektor Awam sudah boleh memperolehi
Pensijilan Amalan 5S melalui pihak MAMPU (Bahagian Inspektorat dan
Pengiktirafan).
Seperti yang sedia maklum selama ini Pensijilan 5S/QE (Sistem
Persekitaran Berkualiti) di tunjangi oleh pihak MPC (Perbadanan Produktiviti
Malaysia) sejak tahun 80an lagi. Manakala tempoh pensijilan 5S ini adalah
selama 2 tahun sekali. Berbanding tempoh Pensijilan 5S MPC setahun sekali.
Bagi
merealisasi dan memantapkan lagi Amalan 5S Sektor Awam ini, pada tahun 2011
pihak MAMPU telah melaksanakan Program Training of Trainers (ToT) Amalan 5S
kepada Institut Latihan Awam.
Sejak itu beberapa agensi/jabatan sektor awam
mula memperolehi pensijilan 5S melalui pengauditan MAMPU. Sehingga tahun 2013
sejumlah 173 agensi/jabatan sektor awam telah memperolehi pensijilan ini.
Atas usaha untuk penjenamaan semula 5S Sektor Awam ini,
dengan acuan sendiri dan tidak mengguna pakai nama 5S (berasal dari Jepun :
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu & Shitsuke), maka pada tahun 2013, Makmal 5S
dan Pilot Test EKSA telah dilaksanakan, dengan menggunakan kriteria yang
ditambah baik hasil perbincangan dan idea dari ‘pakar-pakar’ wakil agensi
sektor awam yang telah memperolehi Sijil 5S Sektor Awam sebelum ini.
Seterusnya pada awal tahun 2014, Program Training of
Trainers (ToT) EKSA telah dilaksanakan, dan telah menjemput hampir 80 peserta
daripada pelbagai agensi Sektor Awam dan Institut Latihan Awam (ILA) yang
terpilih untuk memberi penjelasan berhubung pelaksanaan EKSA dalam memperkukuhkan
budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif, memberi pendedahan dan
kefahaman menyeluruh berhubung kriteria baru EKSA, menyediakan latihan amali
berkaitan tatacara pengauditan EKSA dan juga melahirkan juruaudit yang terlatih
dan berkaliber dalam program pengauditan dan pensijilan EKSA.
Dengan perancangan rapi MAMPU melahirkan juruaudit terlatih
dan berkaliber, maka EKSA akan mudah diperluaskan dan Surat Pekeliling EKSA
2014 akan dikeluarkan pada tahun berkenaan.
Tujuan Penjenamaan Semula
Antara tujuan penjenaaam semula nama 5S Sektor Awam kepada
EKSA adalah untuk mewujudkan pelaksanaan Amalan 5S yang lebih korporat, fokus
kepada persekitaran kerja yang kondusif, ke arah kepelbagaian agensi,
mengutamakan kreativiti dan inovasi dan ‘go-green’.
Faedah EKSA
Antara faedah dari pelaksanaan EKSA ini adalah:
• Mewujudkan persekitaran tempat kerja berkualiti;
• Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
organisasi;
• Mengenalpasti, mengurangkan dan menghapuskan pembaziran;
• Meningkatkan semangat ‘esprit de corp’;
• Meningkatkan displin warga agensi/jabatan, dan
• Meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Pensijilan EKSA
Dengan penambahbaikan kriteria sedia ada kepada yang baru
(lebih terperinci mengikut kesesuaian persekitaran tempat kerja), serta
perlantikan ‘Champion EKSA' kepada wakil-wakil pegawai sektor awam/ILA yang
terpilih.
Pihak MAMPU berusaha untuk menyegerakan proses pensijilan
dengan aliran seperti berikut :
1. PERMOHONAN – Kemukakan Surat Rasmi kepada Ketua Pengarah
MAMPU dengan mengemukakan laporan Audit Dalam
2. PENGAUDITAN – 1/2 hari sesi audit 5S MAMPU, bergantung
kepada lokasi dan bilangan zon
3. PELAPORAN – akan disediakan 1 hari selepas sesi
pengauditan
4. PENSIJILAN – akan diberi hanya 3 hari selepas pengauditan
(jika memenuhi syarat)
Semoga matlamat EKSA terus tercapai dan memudahkan lagi
pengiat amalan 5S dengan lebih berimej korporat, tidak membebankan dengan tugas
hakiki, melahirkan banyak idea krativiti dan inovasi serta memberi impak yang
besar dalam sektor awam.
No comments:
Post a Comment