Sunday, November 9, 2014

ARAHAN KESELAMATAN EKSA



STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)
PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KETIKA KECEMASAN / BENCANA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK (MAHKAMAH SYARIAH TAPAH)


1.0        1.       TUJUAN STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP)

SOP ini disediakan bertujuan untuk :

1.1           Pegawai / kakitangan dan orang awam dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa kecemasan / bencana seperti kebakaran atau gempa bumi yang memerlukan tindakan pengungsian bangunan JKSPk.

1.2           Warga JKSPk dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat dan teratur semasa berlaku kecemasan / bencana

1.3           Kemudahan dan peralatan yang sedia ada dapat digunakan mengikut perancangan untuk menyelamatkan diri

1.4           Pemindahan keluar warga JKSPk daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas.


2.0           2 .        DIBANGUNKAN OLEH

2.1           Jawatankuasa Keselamatan Pengurusan  - rujuk Jadual 1

3.0         3.      KUMPULAN SASARAN PENGGUNA SOP

3.1           Pegawai Keselamatan Jabatan
3.2           AJK Keselamatan Pengurusan Jabatan / daerah
3.3           Penolong Pegawai Tadbir Pembangunan
3.4           Pengawal Keselamatan
3.5           Pegawai –pegawai
3.6           Staf Sokongan
3.7           Peguam,  pendakwa  dan
3.8           Orang awam / Pelawat yang berada di bangunan JKSPk

1.0           
4.   PENGGUNAAN SKOP SOP

SOP ini digunakan bagi menentukan pelan tindakan ketika kecemasan / bencana dilaksanakan secara jelas, seragam, terancang dan memenuhi segala prosedur keselamatan di mana-mana lokasi atau bangunan JKSPk.



   5.       RINGKASAN PROSEDUR
Secara umumnya, jika berlaku kecemasan / bencana, tindakan-tindakan berikut perlu diambil dengan segera iaitu :

5.1           Memastikan bunyi alarm automatik / membunyikan alat pengera manual

5.2           Cuba lawan kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil

5.3           Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat / Pegawai Keselamatan Jabatan / Penolong Pegawai Tadbir Pembangunan / Pengawal Keselamatan

5.4           Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk Pasukan Quick Respose Team secara adhoc

5.5           Menghentikan mesin / proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa

5.6           Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat

5.7           Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas

5.8           Bergerak ke tempat berkumpul atau Assembly Point dengan teratur dan pantas

5.9           Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Quick Respose Team / Pengawal Keselamatan

5.10       Pegawai Keselamatan Jabatan / Pasukan Quick Response Team (QRT) / Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan / bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi.



6. PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN

Prosedur kecemasan ini hendaklah digunapakai semasa kebakaran. Ia menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil semasa kebakaran bagi tujuan mengatasi semua jenis kemalangan yang berlaku. Berikut adalah tindakan ketika berlaku kecemasan.

6.1     Tindakan Menyelamatkan Diri
Apabila kedengaran loceng penggera (isyarat kecemasan kebakaran), semua warga JKSPk dan orang awam / pelawat hendaklah :

i.       Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik berdekatan anda serta cabutkan plug
ii.                Hendaklah KELUAR IKUT LALUAN PELAN KECEMASAN MAHKAMAH SYARIAH TAPAH
iii.              Jangan berlari, tolak-menolak dan panik
iv.             Jangan berpatah-balik untuk mengambil barang yang tertinggal
v.          Berikan kerjasama sepenuhnya dan patuhi arahan Pasukan Quick Response Team (QRT)
vi.          Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan iaitu di PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL (Assembly Point)
vii.            Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 05-4011444, atau dail TALIAN KECEMASAN 999
viii.      Sila rujuk PELAN KECEMASAN/KEBAKARAN JKSPk dengan teliti (rujuk Jadual 4)


6.2          Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/Pasukan Quick Respose Team (Pasukan QRT)

i.                 Bunyikan wisel berulang kali (jika alarm automatik tidak berbunyi) gunakan PA sistem jika perlu
ii.                                   Matikan semua punca elektrik dan cabut plug
iii.                       Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam keselamatan diri, sila jalankan usaha memadam.
iv.                             Jika didapati kebakaran telah merebak dan ada penghuni di bangunan tersebut, beri arahan untuk mengosongkan bangunan.
v.                       Arahkan semua lapisan pelajar/ pegawai/ pelawat keluar bangunan melalui pintu kecemasan (jika releven) dan tutup pintu rintangan api selepas keluar.
i.                              Berkumpul di ICP (Incident Command Post) untuk menerima arahan daripada Ketua Pasukan QRT bertempat di depan Pejabat Pentadbiran.
ii.                       Arahkan semua lapisan pelajar/ pegawai/pelawat berkumpul di tempat berkumpul (Assembly Point) PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL dan pastikan keadaan terkawal.
iii.                       Buat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan menggunakan SENARAI KEHADIRAN dan semak sekiranya ada yang masih tertinggal dalam bangunan bagi kumpulan di bawah kawalan masing-masing.
iv.                 Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan yang berkenaan sahaja.
v.                       Hubungi Pegawal Keselamatan bertugas di pondok kawalan untuk bantuan. Jika perlu, terus hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
vi.           Sedia untuk bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.
vii.            Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital terdekat (mengikut keadaan).

6.3           Tindakan Pengawal Keselamatan

i          Ketika berlaku kecemasan/ bencana pihak kawalan keselamatan perlu memastikan tiada kenderaan keluar dan masuk ke dalam kawasan bangunan Mahkamah Syariah Tapah 
ii.            Pondok kawalan perlu di kawal rapi oleh Pengawal Keselamatan (pintu hadapan, dan belakang) dan perlu mencegah sesiapa sahaja yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan bangunan.
iii.                      Pengawal Keselamatan perlu membantu Pasukan Quick Respose Team jika bantuan diperlukan 


6.4          Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

i.                 Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap
Ketika kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:


1.       Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.
2.       Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.
3.   Jika terperangkap dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat)
4.       Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan/ mengaburkan pandangan. Dalam keadaan sedemikian, gunakan belakang tangan untuk meraba jalan menyusur dinding hingga bertemu pintu keluar.

i.                 Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar
Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut:
1.   Cuba buka seberapa banyak pintu bertutup antara jarak anda dengan api.
2.     Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi penyelamat nyawa anda. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan diri dari asap dan bahang. Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau apa sahaja bahan yang sesuai bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan)
3.    Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat minta bantuan
4.   Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara kotor keluar dan udara bersih masuk
5.     Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki dengan baju, carpet atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi menahan kepanasan
6.  Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tiada jalan lain lagi.

6.5           Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

Kunci merupakan satu alat penting dalam menentukan keselamatan sesebuah Jabatan. Beberapa langkah yang perlu dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat adalah seperti berikut :
1.     Pemegang kunci induk keseluruhan MRS Tapah adalah dipegang oleh Pegawai yang dilantik sahaja yang akan memegang semua kunci jabatan dan daerah di MRS Tapah. Setiap pengguna perlu mengisi Buku Rekod Kunci JKSPk jika terdapat keperluan sahaja.
2.     Pemegang kunci asal untuk setiap fasiliti lain di jabatan/daerah, dewan bicara, adalah dipegang oleh Ketua Jabatan dan Ketua daerah sendiri.
3.     Walaubagaimanapun untuk tujuan penggunaan harian semasa bicara; kunci perlu di ambil daripada kotak kunci di Bilik Penolong Pegawai Tadbir/Penolong Pendaftar.
4.         Kunci-kunci grill untuk memasuki Pejabat Pendaftar/dewan bicara adalah dipegang oleh Pembantu Am Pejabat dan dibuka pada waktu pagi sekitar jam 8.00 pagi dan ditutup pada waktu ptg sekitar jam 5.00 ptg mengikut jadual masing-masing. Keselamatan Pejabat Pendaftar/dewan bicara adalah di bawah tanggungjawab Pembantu Am Pejabat ini.
5.     Setiap jenis kunci tidak boleh diserahkan kepada pegawai lain tanpa kebenaran dan adalah DILARANG sama sekali dibuat ‘PENDUA’.

6.6          Panduan Keselamatan Bagi Kawasan Parkir Kenderaan dan Kawasan Pili Bomba

Bagi memudahkan tindakan segera diambil oleh semua pihak, berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi bagi menjamin tiada halangan berlaku semasa sebarang kecemasan/bencana :
i.       Dilarang meletak kenderaan secara BERLAPIS (Double Parking) di perkarangan MRS Tapah pada setiap masa.
ii.      Meletak kenderaan mestilah secara BERUNDUR sesuai dengan dasar pelaksanaan EKSA JKSPk
iii.    Dilarang meletakkan motosikal di mana-mana kaki lima bangunan MRS Tapah
i.       Dilarang meletakkan kenderaan di dalam petak kuning pili bomba.

1.0         7   TAKRIF

Takrif adalah istilah khusus untuk menjelaskan beberapa perkara yang perlu diingati dan difahami oleh setiap warga Mahkamah Syariah Tapah serta anggota yang terlibat semasa diancam bencana:

7.1           ICP (Incident Command Post) : Tempat berkumpul sementara di hadapan Pejabat Pentadbiran
7.2           Assembly Point : tempat berkumpul iaitu satu lokasi yang selamat daripada lokasi kebakaran/bencana iaitu di PARKIR AWAM – TEMPAT BERKUMPUL. Sila rujuk PELAN KECEMASAN/ KEBAKARAN Mahkamah Syariah Tapah.
7.3           Call Point  : Loceng Penggera Kebakaran
7.4           Pasukan Quick Respose Team (Pasukan QRT) : merupakan satu Jawatankuasa Adhoc yang dibentuk oleh Pegawai Keselamatan Jabatan ketika kecemasan/ bencana
7.5           Notis Kebakaran :
·       Makluman Jenis bunyi penggera kebakaran
·       Cara menghubungi Perkhidmatan Bomba, dan
·       Kaedah melawan kebakaran

7.6             Nada Bunyi Loceng Penggera :
                              Bunyi Loceng Berpanjangan
·  Apabila mendengar loceng penggera berbunyi berpanjangan, ataupun arahan melalui P.A sistem, tindakan segera mengosongkan bangunan perlu dimulakan.
·  Pasukan Quick Respose Team perlu memulakan arahan bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran/ menyelamat.











7.7             Jenis-jenis kelengkapan/ peralatan bencana yang terdapat di MRS TAPAH :

Bil
Jenis
1.
Sistem Penggera Manual
2.
Peralatan Melawan Kebakaran
Alat Melawan Kebakaran Manual:
·       Alat Pemadam Api Mudah-Alih
·       Pili Bomba
·       Gelung Hos



8.0     KELAYAKAN PERSONAL DAN TANGGUNGJAWAB

8.1       AJK Keselamatan Induk di Jabatan/Unit perlu diberi pendedahan dan kursus/latihan mengenai Kawalan Keselamatan dan  pendedahan tentang aspek menghadapi bencana seperti melawan kebakaran dan tanggungjawab semasa kebakaran.
8.2    Pegawal Keselamatan perlu menghadiri latihan serta kursus yang dianjurkan  oleh Bomba.
8.3    Setiap daerah mestilah melakukan aktiviti latihan pengungsian bangunan 2 tahun sekali .

9.0      PELAN TINDAKAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

Apabila berlaku kebakaran, prosedur atau peraturan mencegah dan melawan kebakaran perlu diikuti bagi memastikan keselamatan bangunan dan manusia terjamin.


BIL

TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB
CATATAN/ SENARAI SEMAK
1.
Memaklumkan dengan segera kepada  Pegawai Keselamatan Jabatan tentang kecemasan/ bencana yang berlaku untuk tindakan diperingkat Jabatan
Warga MRS Tapah yang berhampiran kawasan bencana

2.
Pegawai Keselamatan Jabatan membentuk Pasukan Quick Response Team secara adhoc
Pegawai Keselamatan Jabatan/Pasukan QRT

3.
Hubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berserta maklumat seperti berikut:
·   Maklumat ringkas pengadu
·   Lokasi bencana
·   Peringkat bencana
·   Maklumat ringkas berkaitan bencana 
  /maklumat mangsa yang tercedera
Pegawai Keselamatan Jabatan/ Pasukan QRT

4.
Memastikan loceng penggera yang berbunyi berterusan (sebagai isyarat mengosongkan bangunan).
Pegawai Keselamatan Jabatan/ Pasukan QRT Warga JKSPk

5.
Bergerak ke ICP (Incident Command Post) dengan segera untuk menerima arahan daripada Ketua Pasukan QRT bertempat di hadapan Pejabat Pentadbiran
Pasukan Quick Response Team

6.
Bergerak dengan segera ke tempat berkumpul (Assembly Point) mengikut Pelan Laluan Kecemasan di ………………………
Warga MRS Tapah

7.
Mengaturkan dan memastikan proses pengungsian bangunan berlaku di setiap aras
Pegawai Keselamatan Jabatan/Pasukan Quick Response Team/Warga JKSPk

8.
Keluar daripada bilik kerja dan memastikan perkara berikut diberi perhatian sebelum menyelamatkan diri ke tempat berkumpul (bergantung kepada situasi) :
       i.     Wang tunai dan dokumen-dokumen penting dimasukkan ke dalam kabinet besi dan dikunci; dan
     ii.     Tutup semua peralatan komputer atau matikan suis elektrik
Warga MRS Tapah

9.
Semasa menuruni tangga, jangan berpatah balik jangan berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari
Warga MRS Tapah

10.
Bertenang dan  tinggalkan tempat itu dengan secepat mungkin.
Warga MRS Tapah

11.
Bergerak dengan posisi membongkok, jika anda terpaksa bergerak melalui kawasan berasap.
Warga MRS Tapah

12.
Jangan memecahkan barisan semasa mengungsi, jangan berlari potong-memotong.
Warga MRS Tapah

13.
Laporkan diri di tempat berkumpul dan jangan tinggalkan tempat berkumpul sehingga diarahkan berbuat demikian
Warga MRS Tapah/ Pasukan QRT

14.
Pastikan berkumpul di tempat yang telah dikhaskan (Assembly Point) dan mengambil kehadiran.
Warga MRS Tapah dan Pasukan QRT

15.
Menyemak senarai kakitangan yang berkumpul.
Pasukan QRT/PP/KU

16.
Melaporkan keadaan kepada Pegawai Bomba dan Ketua Keselamatan Jabatan
Pegawai Keselamatan Jabatan/ Pasukan QRT

17.
Memberikan rawatan awal kepada mangsa yang tercedera
Pasukan Kesihatan/ Pasukan QRT



18.
Bersedia bertindak membantu pihak bomba jika diperlukan misalnya bantuan peralatan, maklumat tentang tekanan air dan saluran bekalan elektrik
Pasukan QRT


10.0    CADANGAN KURSUS DAN LATIHAN

10.1       Semua warga JKSPk dicadangkan untuk  menjalani latihan secara berkala. Latihan hendaklah merangkumi:
•        Pencegahan Kebakaran/Bencana
•        Tindakan Apabila Mendengar Bunyi Penggera

Cara Menghubungi Perkhidmatan Bomba Dengan Betul
•        Lokasi Dan Cara Mengguna Peralatan
•        Laluan Menyelamatkan Diri
•        Tempat Berkumpul
•        Mengambil Kedatangan

10.2       Latihan (seelok-eloknya tidak diumumkan terlebih dahulu) hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali setiap dua tahun. Latihan dianggap berjaya jika semua pekerja dapat mengosongkan bangunan dan berada di tempat berkumpul dalam masa 25 MINIT selepas loceng penggera berbunyi.

10.3       Kakitangan perlu diberikan kursus dan latihan asas supaya sentiasa  sentiasa bersedia jika berlaku bencana. Kursus dan latihan tersebut boleh dilakukan dua (2) tahun sekali.

10.4       Pegawai dan kakitangan mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai alat pencegahan kebakaran dan selok-belok bangunan iaitu:
·        Kedudukan alat pemadam api yang paling berhampiran dan tahu  cara untuk menggunakannya.
·       Jalan keluar yang berhampiran dan laluan menuju jalan keluar
·       Bagi keselamatan, laporkan kepada Pegawai Berkenaan jika  anda tidak mendengar isyarat amaran semasa ujian pengungsian bangunan.
a)   Jika mana-mana pintu keluar atau jalan keluar di halang dengan longgokan barang-barang
b)   Jika sebarang alat pemadam api hilang, terlindung, dirosakkan atau tidak boleh digunakan lagi
c)    Jika kunci “Pintu Laluan Kecemasan Terakhir” hilang

11.0    PENJAGAAN KAWASAN BANGUNAN

11.1       Mengamalkan penjagaan kawasan yang bersih dan teratur
11.2    Bersihkan dan buang sampah sarap
11.3    Penyimpanan yang betul bahan-bahan mudah terbakar










No comments:

Post a Comment