Sunday, May 21, 2023

PENGIKTIRAFAN EKSA

PENGIKTIRAFAN EKSA DI PERINGKAT MS TAPAH 


Pada awal bulan Mei 2023 telah berlaku Audit Dalam Eksa yang dilaksanakan oleh Encik Mohd Zulfadhli bin Anuar sebagai Auditor Zon Mahkamah Rendah Syariah Tapah. Terdapat 3 anugerah yang telah diberikan iaitu  Ruang Kerja Terbaik ,Ruang Bilik Terbaik dan Ruang/ Tempat Terbaik












Bagi anugerah Ruang/Tempat terbaik dimenangi oleh Ruang Menunggu Kaunter Luar Mahkamah Syariah Tapah.  Kakitangan yang bertanggungjawab ke atas kawasan tersebut adalah Encik Hazwan Bin Halim, Pembantu Operasi Mahkamah Syariah Tapah. 

Penyerahan sijil penghargaan oleh Hakim MRS
Tapah Tuan Muhammad Azriq Bin Ab Rahim kepada Encik Hazwan Bin Halim


Bagi anugerah Ruang Kerja Terbaik pula telah dimenangi oleh Encik Hazwan Bin Halim, Pembantu Operasi Mahkamah Syariah Tapah. 



                                                           Penyerahan sijil penghargaan oleh Hakim MRS
                                       Tapah Tuan Muhammad Azriq Bin Ab Rahim kepada Encik Hazwan Bin Halim



Seterusnya, bagi anugerah Ruang Bilik Terbaik pula telah dimenangi oleh Dewan Bicara Mahkamah Tinggi Syariah Tapah. Kakitangan yang bertanggungjawab ke atas kawasan tersebut adalah Encik Abdul Hadi Bin Zainal Abidin, Pembantu Pendaftar Mahkamah Syariah Tapah.

                                                            Penyerahan sijil penghargaan oleh Hakim MRS
                                       Tapah Tuan Muhammad Azriq Bin Ab Rahim kepada wakil Encik Abdul Hadi Bin Zainal Abidin


Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tapah, Tuan Muhammad Azriq bin Ab Rahim berharap agar pengiktirafan seperti ini dapat dilaksanakan dalam tempoh sebulan sekali bagi menaikkan semangat kakitangan dalam mengekalkan kekemasan di tempat kerja selari dengan tuntutan EKSA Jabatan.







No comments:

Post a Comment